**gambar hiasan berkaitan dengan Kisah Perwarisan yang menyusul disini.

**gambar hiasan berkaitan dengan Kisah Perwarisan yang menyusul disini.

Kisah Benar - Waris & TH

Hassan (bukan nama sebenar) adalah pemilik akaun di TH. Sepanjang hidupnya, memang duit simpanan diletakkan di sana. Tiada membuka akaun simpanan di bank lain. Katanya, senang untuk anak bini nya mencari keberadaan duit simpananya.

Dipendekan cerita, Hassan meninggal dunia. Meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak iaitu 2 perempuan dan 1 lelaki yang sudah meningkat dewasa dan mempunyai kehiudpan sendiri. Ibunya, Sarina bukan nama sebenar) teringat akan duit arwah ada menyimpan di TH. Maka, bergesa lah Sarina ke TH untuk withdrawl duit tersebut.

Kemudian, setibanya sampai ke rumah, menyampaikan mesej tersebut kepada anak-anaknya.

“Assalammuailakum, Ibu baru saja balik dari TH. Ada la sedikit sebanyak duit yang ayah korang simpan. Nanti nak guna, bagitau lah dekat ibu. Mana yang boleh ibu boleh tolong.” -Sarina, Whatsapp Group.

Wah, kelihatan semua bergembira meraikan. Maklum lah menang durian runtuh. Lalu, Alang mengemukakan hasratnya ingin membeli kereta Axia. Duit muka sudah ada cuma ada sedikit kekurangan belanja seharian. Lalu Alang memberitahu kepada ibu untuk meminta bahagiannya. Yela, anak perempuan tunggal kan, mestilah dapat walaupun dapat 2:1 (2 bahagian lelaki, 1 bahagian perempuan). Ibu pun berikan bahagian yang Alang pinta.

Yayy, minggu depan kereta alang dah keluar! Ibu ada nak jalan-jalan ke?”

Hm, ibu ikut je plan kamu. Ibu bukan buat apa pun selain jual nasi lemak dekat warung pak leman je.”

Hari yang dinantikan, Alang gembira membawa keluar kereta baru. Ibu turut muka senyum saja. Tiba-tiba ada panggilan telefon berdering.

Assalammualaikum puan, saya dari pihak TH, ingin bertanya puan ke mengeluarkan duit dalam akaun En. Hassan?”